Khamis, 27 September 2018

UNTUK IBU BAPA,spend your time only an hour 4 this part of my video





 – Islam merupakan salah satu agama yang berkembang pesat di seluruh dunia. Tidak menjadi rahasia umum lagi bahwa Negara Indonesia adalah Negara dengan penduduk muslim terbanyak di dunia.
Setiap umat islam wajib menjalankan segala perintah dan menjahui larangan dalam syariat islam, tidak terkecuali. Walaupun mereka seorang pemimpin Negara, pengusaha, orang kaya,orang miskin mereka semua tetap berkewajiban untuk menjalankan perintah dalam agama islam.

tanggungjawab pertama ibu bapa terhadap anak-anak ialah memberikan kasih sayang yang secukupnya. Kasih sayang yang mencukupi daripada ibu bapa membolehkan anak-anak membesar dengan seimbang daripada segi emosi dan jasmani. Manakala anak yang kurang mendapat perhatian kasih sayang daripada ibu bapa, biasanya cenderung untuk menjadi anak-anak yang nakal dan kurang berdisiplin. Selain itu, jika anak-anak kerap dimarahi ibu bapa, mereka akan berasa tidak disayangi lalu mencari jalan keluar dengan lari dari rumah dan berkawan dengan remaja yang juga bermasalah. Oleh yang demikian, ibu bapa mesti memberikan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak pada setiap masa.

Selain itu, ibu bapa juga sewajarnya menyediakan keperluan asas kepada anak-anak. Sesungguhnya, keperluan asas yang mencukupi dapat merangsang perkembangan dirl yang seimbang. Antara keperluan asas yang diperlukan oleh anak-anak ialah makanan, pakaian dan tempat tinggal. Kegagalan ibu bapa menyediakan keperluan asas, akan menyebabkan anak-anak menghadapi masalah dalam menjalani kehidupan seharian. Oleh itu, ibu bapa perlu berbincang dan mencari jalan bagi menyediakan keperluan asas anak-anak mereka.

oleh itu,video di atas adalah cara bagaimana untuk membahagikan masa bersama keluarga dan cara untuk menjadi keluarga yang bahagia..saya juga berpesan kepada diri saya sendiri untuk meREFRESH semula video ini apabila saya dewasa nanti..
akhir kata,semoga saya dapat hidup dalam keluarga yang bahagia walaupun hanya secebis kebahagiaan yang saya perolehi bersama keluarga saya..


                                             #3HARISEBELUMPT3                                                                             

GOODLUCK4PT3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan